Rabu, 26 Ogos 2020 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatannya telah mengadakan telah diadakan pada Rabu, 26 Ogos 2020 bertempat di Dewan PM Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara.

Hadir selaku tetamu kehormat Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pg Hj Mahmud, Setiausaha Tetap, Pentadbiran, Kewangan dan Estet, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatannya.


Ceramah bertajuk Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Memacu Pembangunan Umat disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Naqib bin Hj Awang dari Pusat Dakwah Islamiah.

Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Awang Haji Kamsani, Pembantu Perkembangan Ugama , Pusat Pembangunan Belia dan tafsiran dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ali Shahbana bin Haji Mohsin, Pembantu Perpustakaan Tingkat I, Dewan Bahasa dan Pustaka.
