Akta Arkib Negara Brunei Darussalam (2 Januari 1975, pindaan 1984)
Akta ini adalah asas kepada penubuhan dan pengurusan arkib pada tahun 1977 yang mempersyaratkan peraturan-peraturan dalam mengawal penyimpanan dan pemeliharaan arkib kerajaan dan rekod-rekod awam Negara Brunei Darussalam dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Akta ini mensyaratkan agar rekod-rekod awam yang telah berusia 25 tahun dipindahkan ke Arkib Negara Brunei untuk tujuan pemeliharaan. Akta ini juga melarang sama sekali pemusnahan rekod-rekod awam tanpa kebenaran yang diperolehi daripada Pengarah Jabatan Muzium-Muzium Brunei.
Disamping itu, ANBD juga berperanan dalam menguatkuasakan Peraturan Kewangan 1983, dibawah perenggan 240 iaitu dalam pelupusan dan kebenaran pemusnahan rekod-rekod perjawatan, kewangan dan buku kira-kira.
An Act to provide for the custody and preservation of public archives and public records of Brunei and for matters incidental thereto
BAHAGIAN BERTINDAK : ARKIB NEGARA BRUNEI DARUSSALAM