gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Monumen-Monumen dan Tapak-Tapak Arkeologi

MONUMEN BERSEJARAH DAN TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI YANG DIWARTAKAN

Jabatan Muzium-Muzium juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal dan memelihara monumen dan tapak-tapak bersejarah di negara ini supaya ianya tidak dimusnahkan oleh arus pembangunan negara yang berkembang pesat. Untuk ini, Jabatan Muzium-Muzium telah diperuntukan dengan satu akta yang dikenali sebagai Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam, 1967, edisi semakan 1984, 1990, 2002. 

Pencalonan monumen dan tapak bersejarah adalah atas sokongan Lembaga Muzium dan mesti memenuhi empat kriteria iaitu mempunyai nilai sejarah dan berusia lebih 50 tahun; mempunyai seni bina yang unik; mempunyai nilai budaya dan pembelajaran, dan mempunyai nilai ekonomi jika dimajukan. 

Di antara monumen dan tapak ini ialah:

The Museums Department role is also to monitor and preserve momuments and historical sites. To commit to this role, The Antiquities and Treasure Trove Act, 1967 revised 1984, 1990 and 2002 was established. 

A Museum Board ensures that each sites that are to be endorsed fulfil the four criterias mainly of historical value, more than 50 years old, unique architecture and design, of cultural and educational value and has an economic potential once developed. 

The listed monuments and sites are:

BilNama BangunanTahun Dibina
Monumen Purba Kala dan Tapak Bersejarah Warta Kerajaan NBD Tahun Kebenaran 2006 (15 buah Momumen)
1Bangunan Bubungan Dua Belas, Jalan Kota Batu, Bandar Seri Begawan1907
2Bangunan Setiausaha Kerajaan, Jalan Elizabeth II, Bandar Seri Begawan 1953
3Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong dan Mahkamah, Jalan Inche Awang, Pekan Tutong1949
4Bangunan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan McArthur, berdekatan dengan Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan1957
5Bekas Bangunan Lapau Lama, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan1937
6Gerbang Perpuspaan 1968, Berhadapan dengan Masjid Omar Ali Saifuddien dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan1968
7Istana Darussalam, Tebing Sungai Kedayan, Kampong Sumbiling, Bandar Seri Begawan1947
8Istana Manggalela, Jalan Maulana, Kuala Belait1958
9Istana Pantai, Pantai Seri Kenangan, 2km dari Pekan Tutong1950-an
10Rumah Lama Pegawai Daerah Belait, Jalan Maulana, Kuala Belait1950-an
11Tapak Industri Getah Labu Estet (dengan keluasan 11 ekar) , Kampong Labu, kira-kira 16.7km dari Pekan Bangar, Daerah Temburong1950-an
12Tapak Lombong Arang Batu (dengan keluasan 62.205 ekar) 2.4km dari barat Pelabuhan Muara, Daerah Brunei Muara1888
13Tapak Sungai Limau Manis (dengan keluasan 100 ekar) Kawasan Sungai Limau Manis, Kampong Limau Manis, Abad ke-10
14Tugu Jam, Jalan Sultan dan Jalan Elizabeth, Bandar Seri Begawan1959
15Tugu Peringatan, Pekan Bangar Berdekatan Tebing Sungai Temburong1964
Monumen Purba dan Tapak Bersejarah Warta Kerajaan NBD Tahun Kebenaran 2007 (12 Makam)
16Makam Sultan Sharif Ali (1425-1432), Kota Batu 1432
17Makam Sultan Bolkiah (1485-1524), Kota Batu 1524
18Makam Sultan Husin Kamaluddin (1710-1730) dan (1737-1740), Luba 1740
19Makam Sultan Omar Ali Saifuddin I, (1740-1778), Malam Besar, Makam Diraja 1778
20Makam Sultan Muhammad Tajuddin (1778-1804, 1804-1807), Makam Damit, Makam Diraja 1807
21Makam Sultan Muhammad Jamalul Alam I (1804), Makam Damit,  Makam Diraja 1826
22Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807-1826), Makam Damit, Makam Diraja 1804
23Makam Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852) Makam Damit, Makam Diraja1852
24MMakam Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (1885-1906), Kubah Makam Diraja 1906
25Makam Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1906-1924), Kubah Makam Diraja 1924
26Makam Sultan Ahmad Tajuddin (1924-1950), Kubah Makam Diraja 1950
27Makam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (1950-1967), Kubah Makam Diraja1967