Selasa, 29 Disember 2020 – Pameran Fotografi daripada Perwakilan-perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam diteruskan ke Daerah Belait mulai 29 Disember 2020 hingga 7 Januari 2021.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir bagi merasmikan pameran di Muzium Daerah Belait.
Pameran fotografi ini merupakan projek khas perwakilan-perwakilan Asing di negara ini untuk mengetengahkan keindahan dan kecantikan Negara Brunei Darussalam.
Setelah berada di Daerah Belait, pameran fotografi ini akan bergerak ke Daerah Temburong pada 9 Januari 2021.
Muzium Daerah Belait buka 5 hari seminggu iaitu setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat antara jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Masuk adalah percuma.

