gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Sabtu, 20 Mac 2021 –  Satu rombongan terdiri daripada Arkib Negara Brunei Darussalam dan Bahagian Etnografi dan juga mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti latihan penempatan di Jabatan Muzium-Muzium telah membuat lawatan ke Pusat Hutan Biotropika yang terletak di Mukim Labi, Daerah Belait.

Penerangan mengenai jenis-jenis hutan yang terdapat di negara ini termasuk beberapa keunikan hasil hutan termasuk alat-alat tradisional turut diperlihatkan.

Rombongan juga dibawa melawat dan melihat secara lebih dekat kawasan hutan dan mengenal jenis-jenis pokok yang ada di kawasan berkenaan. 

Pusat Hutan Biotropika ini adalah dalam kawalan Jabatan Perhutan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan waktu lawatan adalah waktu bekerja sahaja.