gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Rabu, 30 September 2020 – Seramai 40 orang pemandu pelancong mengikuti latihan dan lawatan di Muzium Maritim Brunei Darussalam dan Makam Sultan Sharif Ali dan Makam Sultan Bolkiah dalam tempoh 2 hari.

Lawatan dan taklimat ini diadakan adalah khusus untuk pemandu-pemandu pelancong yang telah berdaftar dan berlesen di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan. Taklimat ini bertujuan untuk menambah ilmu dan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pemandu-pemandu pelancong secara lebih mendalam mengenai Muzium Maritim dan Makam Sultan Sharif Ali dan Makam Sultan Bolkiah.  Maklumat ini diharap dapat digunapakai oleh pemandu pelancong semasa memberikan perkhidmatan pemanduan pelancong-pelancong yang akan datang berkunjung ke Negara Brunei Darussalam.

Penerangan mengenai Muzium Maritim Brunei Darussalam dan bahan-bahan yang dipamerkan telah disampaikan oleh Awang Erdi Herman bin Hj Tiban, Penolong Penyelidik Arkeologi Kanan manakala Awang Hj Mohammad Noor Irwan bin Haji Osmar, Penolong Pegawai Sejarah mewakili Pusat Sejarah, menyampaikan maklumat mengenai Makam Sultan Sharif Ali dan Makam Sultan Bolkiah dan diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan. 

Dengan adanya perkongsian ini diharap maklumat yang disampaikan kepada pemandu-pemandu pelancong adalah betul dan selaras untuk disampaikan kepada umum. 

Hari Pertama, 29 September 2020

Hari Kedua, 30 September 2020