gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Khamis, 3 September 2020 – Dua orang wakil daripada Jabatan Muzium-Muzium sedang mengikuti kursus sistem bahasa Melayu yang diadakan di Dewan Citra Budaya, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kursus 2 hari ini berhasrat untuk meningkatkan pengetahuan tentang tatacara pemakaian ejaan rumi yang bersistem dan betul; memantapkan ejaan dan sebutan Bahasa Melayu standard; dan meningkatkan kebolehan dalam penggunaan ayat yang sesuai dalam persuratan dan penyediaan persuratan yang lebih baik dan kemas.