Isnin, 31 Ogos 2020 – Seramai 5 orang warga Jabatan Muzium-Muzium sedang menjalani kursus Fire Marshal selama tiga hari mulai hari ini hingga Rabu, 2 September 2020.
Kursus ini diusahakan oleh Unit HSE, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Unit Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kursus ini memberi pendedahan kepada warga KKBS khususnya JMM untuk bertindak sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini dan bagaimana untuk menyelamatkan rakan sepejabat dan sekaligus mempastikan keselamatan semua ketika kecemasan.


Kursus ini diadakan menggunakan teori dan praktikal dalam pelbagai situasi kecemasan.