
Pusat Informasi Taman Arkeologi Kota Batu, Sabtu, 20 Rabiulawal 1447/13 September 2025
Program Kenali Arkeologi merupakan satu program tahunan yang berterusan anjuran Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Arkeologi dan Monumen. Pada tahun ini, program tersebut dikendalikan bersama Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan.
Program ini diadakan sepanjang bulan September sebagai usaha untuk memperkenalkan bidang Arkeologi serta meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya warisan sejarah negara dalam kalangan pelajar sekolah.
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai bidang tugas dan tanggungjawab bahagian ini didalam melaksanakan kerja-kerja penyelidikan seperta kerja-kerja penggalian. Disamping itu, pelajar juga berpeluang untuk mengenali bidang arkeologi di Negara Brunei Darussalam dengan lebih dekat melalui temuan artifak yang dipamerkan di Pusat Informasi Kota Batu.
Sebanyak tiga buah sekolah terlibat dalam program ini, yang dijalankan secara bergilir setiap hari Sabtu sepanjang bulan September 2025. Pada hari ini, seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Rendah Iqra telah menyertai program ini. Seterusnya, pada 20 September 2025, seramai 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring daripada DES School, manakala pada 27 September 2025, seramai 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring daripada Sekolah Riverside Kampong Sungai Matan akan menyertai program ini.
Program ini merupakan satu inisiatif pendidikan yang bermanfaat dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai bidang arkeologi dan kepentingannya dalam pemeliharaan warisan negara. Melalui gabungan aktiviti-aktiviti interaktif dan lawatan berpandu, peserta bukan sahaja berpeluang memahami secara langsung proses kerja arkeologi seperti penggalian, klasifikasi dan tafsiran temuan artifak, bahkan dapat menanamkan rasa cinta dan penghargaan terhadap sejarah dan budaya Brunei Darussalam.
Discovery Archaeology
Archaeology Park Information Centre, Kota Batu, Saturday, 20 Rabiulawal 1447/13 September 2025
Discovery Archaeology is an ongoing annual programme organized by the Brunei Museums Department through the Archaeology and Monument Division. This year, the programme is conducted in collaboration with the Learning and Publication Division.
The programme is held throughout the month of September as an effort to introduce the field of archeology and to raise awareness on the importance of the nation’s historical heritage among school students.
The objective of this programme is to provide students with basic exposure to the roles and responsibilities of the division in carrying out research work, including excavation activities. In addition, students also have the opportunity to gain closer insights into the field of archeology in Brunei Darussalam through artefacts exhibited at the Kota Batu Information Centre.
A total of three schools are involved in this programme, which is conducted in rotation every Saturday throughout September 2025. Today, 40 students and 4 accompanying teachers from Iqra Primary School participated in the programme. On 20th September 2025, 40 students and 5 accompanying teachers from DES School will take part, followed by 40 students and 5 accompanying teachers from Riverside School, Kampong Sungai Matan on the 27th September 2025.
This programme is a valuable educational initiative that provides primary school students with early exposure to the field of archaeology and its importance in preserving the nation’s heritage. Through a combination of interactive activities and guided tours, participants not only gain direct understanding of archaeological processes such as excavation, classification, and interpretation of artefacts, but also cultivate a sense of love and appreciation for the history and culture of Brunei Darussalam.