gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

17 November 2020 – Dalam memastikan tahap keselamatan pegawai dan kakitangan serta penyelidik yang datang berkunjung sentiasa terjamin, Arkib Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melaksanakan latihan kecemasan (Fire Drill) pada pagi ini.

Fire Drill Arkib Negara

Latihan kecemasan ini dilaksanakan sebagai usaha untuk memastikan kesemua pegawai dan kakitangan yang bertugas di bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam mengetahui apa yang perlu dilakukan termasuk laluan keluar dan berkumpul di ‘assembly point’ apabila berlaku sebarang kecemasan.