November 2019 – Muzium-Muzium dan Taman-taman dalam kawal seliaan Jabatan Muzium-Muzium menerima lebih ramai pengunjung bulan November ini setelah penuntut-penuntut dan murid-murid sekolah selesai menjalani musim peperiksaan hujung tahun 2019.
Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh muzium-muzium dan taman-taman ini antaranya ialah penerangan atau lawatan berpandu, memasuki denai atau ‘trail’ dan juga taman kulimambang di Tasek Merimbun.





