gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English


Selasa, 11 Ogos 2020 – Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menghadiri sesi Taklimat Pengurusan di Teater, PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam.

Taklimat Pengurusan Rekod telah disampaikan oleh Awang Haji Mohamad Jefri bin Haji Sabli, Pemangku Ketua Pegawai Arkib/ Pegawai Arkib Kanan dan Awang Zulhilmi bin Mohd Zain, Pegawai Arkib.

Sesi taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan bagi memberigakan fungsi dan peranan Arkib Negara Brunei Darussalam khususnya dalam memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod awam secara lebih bersistematik dan menerangkan mengenai koleksi bahan arkib yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melaksanakan penyelidikan.

Selain itu, pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama juga turut dibawa melawat ke ruang kerja Unit Pengurusan Rekod untuk melihat secara lebih dekat mengenai tatacara pengurusan rekod yang lebih tepat dan Dewan Penyelidikan di Unit Perkhidmatan Akses dan Rujukan bagi mengetahui koleksi bahan-bahan arkib yang boleh dirujuk bagi tujuan penyelidikan.