Julai 2021 – Sepanjang bulan Julai 2021, Jabatan Muzium-Muzium telah menyertai beberapa aktiviti ‘outreach’ melalui Perjalanan Kebudayaan dan Program MuziumKu, WarisanKu.
Sebanyak 8 buah sekolah telah dikunjung dan seramai 1,878 peserta terlibat dalam program ini.
Pecahan seperti berikut :
| Sekolah Rendah Rambai | 57 orang |
| Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah | 425 orang |
| Sekolah Rendah Panchong, Tutong | 44 orang |
| Sekolah Rendah Benutan, Tutong | 12 orang |
| Sekolah Rendah Mentiri | 370 orang |
| Sekolah Rendah Mahawangsa Lambak | 309 orang |
| Sekolah Sunshine | 320 orang |
| Sekolah Rendah Rimba 2 | 341 orang |
| JUMLAH | 1,878 orang |
Antara aktiviti yang disediakan oleh Jabatan Muzium-Muzium ialah tunjuk ajar permainan tradisi, mengenalkan arkeologi dan juga jualan terbitan jabatan.







