Apa yang dimaksudkan dengan ‘Peninggalan In Situ’ & ‘Pemeliharaan In Situ’ ?
‘Peninggalan In Situ’ merujuk kepada peninggalan atau bahan-bahan artifak yang tidak boleh dipindahkan dan masih berada di tempat atau lokasi asal.
‘Pemeliharaan In Situ’ bermaksud memelihara dan mengekalkan peninggalan atau bahan-bahan artifak yang tidak boleh dipindahkan dan masih berada di tempat asal. Kerja-Kerja Pemeliharaan In Situ termasuk membersihkan tapak-tapak atau struktur-struktur dan bahan-bahan yang masih terdapat di lokasi tersebut. Ini adalah bagi memastikan peninggalan-peninggalan berkenaan masih dalam keadaan baik, terpelihara & tidak rosak disebabkan oleh keadaan sekeliling, perubahan iklim dan bencana alam. Kebanyakkan Peninggalan In Situ adalah terdiri dari struktur-struktur peninggalan, bangunan atau seni bina lama dan lanskap.
**
Gambar 1 & 2 : menunjukkan Penuntut Penempatan Kerja dari IBTE sedang melaksanakan kerja-kerja praktikal Pemeliharaan In Situ terhadap stuktur kolam besar yang terdapat di Zon 2, Tapak Peninggalan Industri Getah Labu Estate, Temburong pada 27 Januari 2022.


Gambar 3 : Kolam besar yang terdapat di Zon 2 kepunyaan Pengurus Getah di Tapak Peninggalan Industri Getah Labu Estate.

Sumber gambar : Bahagian Arkeologi & Monumen