gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

18 Jun 2019, SELASA – Dalam usaha Jabatan Muzium-Muzium menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan lebih cepat dan efesien, seramai sepuluh orang pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium telah mengikuti latihan intensif mengemaskini laman sesawang Jabatan Muzium-Muzium.  Latihan bertempat di Tingkat 4, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Latihan diungkayahkan oleh Bahagian IT, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.