Ahad, 16 Ogos 2020 – Penyertaan Jabatan Muzium-Muzium dalam Pasar Kitani di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, melalui Galeri Sukan, Jualan terbitan jabatan ini dan juga tunjuk ajar permainan tradisional kitani turut diketengahkan.

Selain daripada membeli belah produk tempatan di Pasar Kitani, orang ramai diberi peluang untuk mempelajari teknik-teknik permainan tradisi seperti Salok-Salokan, Bua Lapas-Lapas, Congkak dan Pasang dan melihat tajuk-tajuk terbitan Jabatan Muzium-Muzium diakhiri dengan membuat lawatan ke Galeri Sukan.



