Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, Khamis, 29 Zulhijjah 1446/26 Jun 2025
Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 09 Jun, Jabatan Muzium-Muzium melalui Arkib Negara Brunei Darussalam mengadakan Pameran Wajah Brunei: Menyusuri Memori. Majlis Pelancaran bagi pameran ini diadakan pada hari ini, 26 Jun 2025 di Galeri 4, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.
Dengan tema “#ArkibDapatDiAkses – Arkib Untuk Semua”, pameran ini menekankan kepentingan keterbukaan dan akses maklumat arkib yang inklusif kepada semua lapisan Masyarakat. Ia membuktikan bahawa warisan dokumentasi negara bukan hanya disimpan, tetapi dikongsi dan dihidupkan kembali melalui naratif yang mudah didekati dan difahami oleh generasi kini dan akan datang.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis pelancaran ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Terutama, Duta-Duta dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Warga Arkib serta Pengurus Rekod Di Jabatan Kerajaan dan warga Jabatan Muzium-Muzium.
Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Jabatan Muzium-Muzium yang dalam ucapannya, menekankan komitmen dalam memelihara memori warisan sejarah dan menjadikan arkib sebagai sumber ilmu yang mudah diakses oleh semua. Pameran tersebut mengetengahkan perjalanan sosioekonomi negara melalui dokumen, foto dan 26 Jun 2025 rakaman lisan yang bernilai, sekali gus menjadi jambatan antara masa lalu dan masa depan bagi memupuk penghayatan warisan serta memperkukuh jati diri dan identity kebangsaan.
Pameran Wajah Brunei: Menyusuri Memori ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai selama 1 bulan, bermula 26 Jun 2025 hingga 26 Julai 2025 di Galeri 4, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja. Selain Pameran, turut diadakan beberapa aktiviti sampingan yang akan diadakan setiap hari sabtu, sepanjang satu bulan pameran dijalankan seperti Program Kenali Wajah Brunei. Program ini akan memberikan pendedahan mengenai sosioekonomi Brunei melalui aktiviti yang akan disediakan. Disamping itu, satu forum akan diadakan pada bulan Julai 2025 bersempena Hari Arkib Antarabangsa 2025.
Brunei Energy Hub Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, Thursday, 29 Zulhijjah1446/29 Jun 2025
In celebration of International Archives Day, celebrated on 9th June, Brunei Museums Department, through the National Archives of Brunei Darussalam has organized The Face of Brunei: Tracing Memories Exhibition. The official launching ceremony of the exhibition took place today, 26th June 2025, at Gallery 4, Brunei Energy Hub Dermaga Diraja.
With the theme “#ArchivesAreAccessible – Archives for Everyone”, this exhibition highlights the importance of openness and inclusive access to archival information for all levels of society. It proves that the nation’s documentary heritage is not only preserved but also shared and revived through narratives that are approachable and easily understood by current and future generations.
The event was officiated by the Guest of Honor, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports.
Also present at the event were Excellencies, Ambassadors and High Commissioners accredited to Brunei Darussalam, Members of the Legislative Council, Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, Senior Government Officers, Archivists and Records Managers from Government Departments, as well as officers and staff of Brunei Museums Department.
The launching ceremony began with a welcoming speech delivered by the event chairperson, Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Acting Director of Brunei Museums Department. In his speech, he emphasized the department’s commitment to preserving historical memory and positioning archives as a wide accessible source of knowledge. The exhibition highlights Brunei Darussalam’s socio-economic journey through valuable documents, photographs, and oral history recordings – serving as a bridge between the past and the future to foster heritage appreciation and strengthen national identity and pride. 26 June 2025
The Face of Brunei: Tracing Memories Exhibition will be open to public for one month, from 26 June 2025 to 26 July 2025 at Gallery 4, Brunei Energy Hub Dermaga Diraja. In additional to the exhibition, several side activities will be held every Saturday throughout the exhibition period, such as to Get to Know the Face of Brunei Program. This program will provide insights into Brunei’s socioeconomics through various prepared activities. A forum will also be held in July 2025, in conjunction with International Archives Day.