Sabtu, 9 April 2022 / 7 Ramadhan 1443 – Seramai 40 pegawai Jabatan Muzium-Muzium mengikuti ceramah Melayu Islam Beraja secara dalam talian. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abd Muluk.

Turut hadir Yang Mulia Dayang Nor Masitirena bt Haji Suhaini, Pmk Pengarah Muzium dan Yang Mulia Awang Rushdi bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja.
Perkongsian bersama penceramah telah diadakan bagaimana Jabatan Muzium-Muzium, sebuah institusi kemuziuman dapat mendukung falsafah Melayu Islam Beraja untuk tatapan dan rujukan generasi akan datang.
