gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Isnin, 27 Januari 2020 – Jabatan Muzium-Muzium mengendalikan bengkel pembaikan pameran untuk warga muzium.

Bengkel ini diadakan selama 4 hari dan perisiannya adalah bersifat teori dan praktikal dan berakhir pada Khamis, 30 Januari 2020. 

Kajian kes ialah model-model rumah di Muzium Teknologi Melayu yang menggunakan teknologi tradisi untuk membina model rumah-rumah puak di Negara Brunei Darussalam khususnya seni mengikat tanpa menggunakan paku.

Fasilitator ialah Tuan Hj Junggal bin Hj Jumat dari Kg Putat yang memang berkecimpung dalam pembuatan peralatan-peralatan tradisi dan terlibat sama dalam pembinaan model-model rumah di Muzium Teknologi Melayu dalam tahun 1988. 

Lebih 25 pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium turut serta dalam bengkel ini daripada pelbagai bahagian.

Dengan mengadakan bengkel ini diharap ilmu teknologi tradisi tidak akan dilupakan.