19 Ramadhan 1443 bersamaan 21 April 2022– Pusat Pembangunan Belia. Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian sumbangan derma kewangan kepada anak-anak yatim pegawai dan kakitangan KKBS telah diadakan dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari KKBS dan jabatan-jabatannya.
Hadir selaku tetamu majlis Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir, Pg Hjh Mahani bt Pg Hj Ahmad, Timbalan Pengarah Muzium beserta 40 pegawai dan kakitangan dari Jabatan Muzium-Muzium.
Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran, diikuti dengan ceramah bertajuk ‘Jadikan Al-Quran sebagai Kekasih’ disampaikan oleh Ustaz Mohammed Khairul Mu’az bin Haji Sibodaud, mahasiswa Sarjana Kajuan Ahlussunnah Waljamaah, KUPUSB.
Di akhir majlis, penyampaian derma kepada 24 orang anak-anak yatim turut disampaikan.
Majis ditutup dengan doa menghindari wabak, doa peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar.


