gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Pada 19 hingga 27 Januari 2022, Bahagian Arkeologi & Monumen, Jabatan Muzium-Muzium telah melaksanakan kerja-kerja pemantauan tapak “Ops Beramu” terhadap Tapak Industri Getah Labu Estate, Temburong. Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. 

Kerja-Kerja pemantauan tapak yang dimaksudkan adalah seperti : melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak dan kerja-kerja penyelamatan terhadap peninggalan-peninggalan atau struktur-struktur in-situ dan artifak yang masih terdapat di tapak-tapak arkeologi yang telah diwartakan. 

Disamping itu, Bahagian Arkeologi & Monumen juga telah mendapati beberapa peninggalan in-situ yang masih terdapat dan boleh dilihat di kawasan Zon 3 (zon baharu) di tapak tersebut. 

Selain dari melaksanakan penyelidikan, antara tugas dan tanggungjawab utama Bahagian Arkeologi & Monumen adalah untuk membantu Jabatan Muzium-Muzium dalam melaksanakan kerja-kerja pemantauan terhadap tapak-tapak arkeologi yang telah diwartakan dan dianggap sebagai Khazanah Negara. Ini adalah untuk memastikan bahawa tapak-tapak tersebut masih dalam keadaan terpantau dan terpelihara. 

Senarai bangunan, monumen dan tapak yang telah diwartakan di Negara Brunei Darussalam boleh dibaca melalui pautan ini. 

Sumber video: Bahagian Arkeologi & Monumen.

The Archaeology and Monument section of the Museums Department was in a cleaning campaign called ‘Ops Beramu’ between 19 to 27 Januari 2022 at the Labu Estate Rubber Plantation in Temburong. 

The ‘Ope Beramu’ was held in 3 stages : clearing the sites and rescuing the in-situ structures including any objects that are still in the area. A new area (Zone 3) saw a few in-situ items.  

Besides conducting research, the Archaeology and Monument section ensures the gazetted archaeological sites are constantly checked to ensure the preservation of these sites are in order.