gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Selasa, 29 Disember 2020 – Pameran Fotografi daripada Perwakilan-perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam diteruskan ke Daerah Belait mulai 29 Disember 2020 hingga 7 Januari 2021. 

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir bagi merasmikan pameran di Muzium Daerah Belait.

Pameran fotografi ini merupakan projek khas perwakilan-perwakilan Asing di negara ini untuk mengetengahkan keindahan dan kecantikan Negara Brunei Darussalam. 

Setelah berada di Daerah Belait, pameran fotografi ini akan bergerak ke Daerah Temburong pada 9 Januari 2021. 

Muzium Daerah Belait buka 5 hari seminggu iaitu setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat antara jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Masuk adalah percuma.