gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Rabu, 16 Disember 2020 – Muzium Alat Kebesaran Diraja. Pameran Fotografi : ‘ ​Brunei Darussalam from the eyes of Foreign Diplomats and Their Families’ telah dirasmikan oleh  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Sebanyak 109 keping gambar daripada 19 diplomat dipamerkan bertemakan Negara Brunei Darussalam.

Pameran ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai mulai 16 Disember hingga 26 Disember 2020 dan akan bergerak ke Daerah Belait pada 29 Disember hingga 7 Januari 2021. 

Pameran ini diusahakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan BIBD.