Isnin, 31 Ogos 2020 – Bangunan Arkib Negara. Seramai 29 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium menghadiri sesi webinar anjuran Institut Perkhidmatan Awam.
Webinar kali ini telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Husseini bin Haji Mohd Hussein, Pegawai Latihan dari Institut Perkhidmatan Awam.

Antara yang disentuh dalam webinar Minda Harmoni ialah bagaimana mengenali emosi dan stress, kesannya dalam kehidupan dan cara-cara mengatasinya. Fasilitator juga menekankan bahawakebahagian bermula dari hati.
